Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi,
berminat dan beriltizam untuk menjadi Guru Tahfiz secara kontrak di sekolah menengah KPM
Ambilan Tahun 2016 berdasarkan Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
(PPP).
Iklan Jawatan Kosong. Mohon.
1. KETERANGAN PROGRAM
1.1. Tajuk: Pengambilan Guru Tahfiz secara kontrak untuk ditempatkan di
sekolah menengah KPM Ambilan Tahun 2016.
1.2. Nama Perjawatan: Guru Tahfiz Secara Kontrak (Contract Of Service)
1.3. Tempoh Kontrak: Dua (2) tahun mulai daripada tarikh melapor diri. Akan
disambung bagi dua (2) tahun seterusnya tertakluk kepada keperluan
syarat-syarat perkhidmatan PPP.
1.4. Mengikuti latihan Diploma Perguruan Lepas Ijazah (DPLI) di Institut
Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dalam tempoh kontrak.
2. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN ASAS
Calon-calon hendaklah:
2.1. Warganegara Malaysia
2.2. Sihat tubuh badan
2.3. Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2016
2.4. Memiliki sekurang-kurangnya:
2.4.1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam atau
Pendidikan Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau Takhassus
Qiraat/Tahfiz Wal Qiraat atau bidang-bidang yang berkaitan yang
setaraf dengannya daripada Intitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar
negara yang diiktiraf oleh Kerajaan; pemohon perlu merujuk
kepada laman sesawang Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di
alamat http://app.mohe.gov.my/iktiraf/
2.4.2. Memperoleh surat pengiktirafan ijazah daripada KPT sekiranya
memiliki ijazah daripada institusi luar negara atau ijazah daripada
IPTS tempatan.KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
2.4.3. Diploma Tahfiz daripada institusi-institusi yang diiktiraf oleh KPT atau Sijil Tahfiz Malaysia (STM) yang diiktiraf oleh Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
2.4.4. Bagi calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat/Tahfiz Wal Qiraat daripada institusi dalam atau luar negara yang diiktiraf oleh KPT dikecualikan daripada syarat di para 2.4.3.
2.4.5. Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
3. MAKLUMAT JAWATAN
3.1. Jawatan/ Gred: Guru Tahfiz / Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Kontrak)
3.2. Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional
3.3. Klasifikasi Perkhidmatan: Perkhidmatan Pendidikan
3.3.1. Taraf Jawatan: Kontrak (Contract Of Service)
3.3.2. Gaji Permulaan: RM1917.00
3.3.3. Elaun Tetap dan Kemudahan: seperti Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008 dan peraturan-peraturan Perkhidmatan Awam lain yang sedang berkuat kuasa.
4. CALON TIDAK LAYAK MEMOHON
4.1. Calon yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan Agensi Kerajaan termasuk yang sedang mengikuti DPLI Mod Latihan Perguruan Kursus Dalam Cuti (KDC) atau Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) kelolaan KPM.
4.2. Calon yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan Agensi Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak dan tidak mendapat pelepasan daripada pihak tersebut.
4.3. Calon yang diisytiharkan bankrap.
4.4. Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan atau latihan.
4.5. Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di IPGM, KPM tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
4.6. Calon yang pernah meletak jawatan dalam perkhidmatan Kerajaan.
4.7. Calon yang pernah disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah atau jenayah.
4.8. Calon yang berada dalam senarai peminjam tegar seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan lain-lain.
5. CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
5.1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman sesawang Kementerian Sumber Manusia Malaysia di alamat : http://www.jobsmalaysia.gov.my mulai 26 Oktober 2015 (Isnin).
5.2. Borang tersebut boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan.
5.3. Calon yang didapati memberi maklumat salah/tidak benar/manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang. Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran dan selama tempoh kontrak.
6. MAKLUMAN DAN PERHATIAN
6.1. Permohonan yang berjaya ditawarkan tempat, hendaklah bersetuju dan patuh dengan syarat kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah seperti yang diarahkan oleh pihak Kerajaan setelah tamat berkursus.
6.2. Pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia atau badan berkanun dikehendaki membawa surat kebenaran dan salinan kenyataan rekod perkhidmatan daripada ketua jabatan semasa temu duga.
6.3. Maklumat berkaitan status permohonan yang berjaya dipanggil temu duga akan dimaklumkan secara email dan calon dikehendaki membawa salinan cetakan email semasa temu duga.
6.4. Pemohon yang tidak menerima sebarang maklumat selepas Januari 2016 adalah dianggap tidak berjaya. KPM tidak akan mengeluarkan makluman secara bersurat kepada pemohon.
7. TARIKH TUTUP PERMOHONAN
9 NOVEMBER 2015 (ISNIN), SEBELUM JAM : 11.59 MALAM
8. ALAMAT BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM, KPM
Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan :
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS BAWAH & 2
NO 2251, JALAN USAHAWAN 1, BANGUNAN MUSTAPHA KAMAL,
63000 CYBERJAYA
SELANGOR DARUL EHSAN
(u.p : Sektor Operasi Pendidikan Islam

